IIUM Repository

Dosa-dosa akhir zaman II: edisi kedua dengan penambahan bab dosa jahiliah moden

Mahmud, Mek Wok and Fatah Yasin, Raudlotul Firdaus and Usop, Mohd. Puzhi and Abd. Rahman, Akmal Khuzairy (2022) Dosa-dosa akhir zaman II: edisi kedua dengan penambahan bab dosa jahiliah moden. SHAS Mosque CENTRIS, IIUM, Kuala Lumpur. ISBN 978967176228

[img]
Preview
PDF - Accepted Version
Download (1MB) | Preview
[img] PDF - Accepted Version
Restricted to Registered users only

Download (21MB)

Abstract

Edisi Kedua Buku Dosa-dosa Akhir Zaman mengupas hakikat manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini yang lahir bersama fitrah keimanan namun diuji dengan nafsu syahwat yang menyesatkan. Dengan penbambahan bab baru mengenai Dosa-dosa Jahiliah, perjalanan hidup manusia dalam melaksanakan amanah ini akan sentiasa berhadapan dengan badai cobaan yang datang dari segenap penjuru, baik yang didorong oleh bisikan nafsu mahupun dari godaan syaitan yang sentiasa ingin menggelincirkan anak Adam dari jalan yang benar. Hampir setiap individu dalam anggota masyarakat terlibat melakukan dosa dan kesalahan secara sedar ataupun tidak. Khususnya dalam suasana akhir zaman ini, penulis menyedari bahawa antara faktor utama yang mendorong manusia melakukan dosa adalah kerana kejahilan, iaitu mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan itu adalah satu dosa. Ada yang melakukan dosa kerana terpedaya dengan hasutan syaitan yang sangat berpengalaman dan berkemahiran untuk menyesatkan manusia. Tidak ketinggalan juga peranan nafsu yang jika tidak dipimpin boleh menunggang akal dan menggugat iman yang rapuh lalu menjeremuskan manusia ke dalam kancah dosa dan maksiat. Buku ini menghidangkan koleksi dosa-dosa yang dilakukan oleh pelbagai individu dalam lapisan masyarakat berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis nabi dan panduan para ulama’ terdahulu. Para penulis berusaha merungkai faktor, ciri-ciri dan seterusnya menawarkan penyelesaian agar beroleh keampunan Allah swt. Diharapkan buku ini boleh menjadi penyuluh dan panduan bagi kita di akhir zaman.

Item Type: Book
Subjects: BPL Islamic education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Qur’an and Sunnah
Depositing User: Dr Raudlotul Firdaus Fatah Yasin
Date Deposited: 02 Dec 2022 14:35
Last Modified: 02 Dec 2022 14:37
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/101174

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year