IIUM Repository

Hentian glotis dalam kata tanya dialek orang asli suku kaum Jakun

Zakaria, Muhammad Fareez Adli and Suhaimi, Mohamad Suhaizi (2022) Hentian glotis dalam kata tanya dialek orang asli suku kaum Jakun. Asian People Journal, 5 (2). pp. 41-49. E-ISSN 2600-8971

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (323kB) | Request a copy

Abstract

Suku kaum Jakun merupakan salah satu suku kaum Orang Asli di Malaysia. Masyarakat Orang Asli khususnya kaum Jakun ini mempunyai dialeknya yang tersendiri. Dialek yang dituturkan oleh mereka ini sememangnya mempunyai perbezaan dengan dialek yang lain malah perbezaan cara sebutan juga turut dikesan dalam kalangan mereka sendiri yang datang dari kaum yang sama di penempatan yang berbeza. Walaupun perbezaan tersebut tidak terlalu ketara, namun perkara tersebut sudah cukup untuk menimbulkan kekeliruan dan kegusaran antara mereka. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis perbezaan sebutan hentian glotis dalam kata tanya dialek suku kaum Jakun di Kampung Sentosa, Lenga dan Kampung Bukit Panjang, Bukit Kepong. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif yang melibatkan beberapa instrumen kajian seperti kaedah temu bual, kaedah pemerhatian dan kaedah kepustakaan. Kaedah persampelan bola salji dan pendekatan pemerolehan responden, iaitu NORMs turut digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan responden kajian yang bertepatan dengan ciri yang dikehendaki. Dapatan kajian telah menunjukkan sebanyak lapan (8) kata tanya telah disenaraikan bagi melihat perbezaan sebutan hentian glotis antara Kampung Sentosa, Lenga dan Kampung Bukit Panjang, Bukit Kepong. Hasilnya, aspek kepanjangan telah dikenal pasti membezakan cara sebutan hentian glotis antara kedua-dua kampung dan perkara tersebut dihuraikan dengan lebih terperinci dalam bahagian dapatan kajian. Kata kunci: Kaum Jakun; dialek; hentian glotis; kata tanya; kepanjangan

Item Type: Article (Journal)
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT401 Rural groups. Rural sociology
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR MOHAMAD SUHAIZI SUHAIMI
Date Deposited: 01 Nov 2022 09:24
Last Modified: 01 Nov 2022 09:24
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/100916

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year