IIUM Repository

Sejarah perkembangan sistem kewangan Islam di Malaysia dari era Kesultanan Melayu Melaka hingga kurun ke-21: suatu tinjauan

Fathil, Fathiah and Fathil, Fauziah and Mohd Noor, Ahmad Firdaus and Haji Musa, Abd. Nasir and Jelani, Ahmad Bakhtiar and Jaapar, Khafizatunnisa' (2022) Sejarah perkembangan sistem kewangan Islam di Malaysia dari era Kesultanan Melayu Melaka hingga kurun ke-21: suatu tinjauan. In: Paradigma Ilmu Islam dan Realiti Semasa. Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Seri Iskandar, Perak, pp. 724-736.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (87MB)

Abstract

Amalan sistem kewangan Islam di Malaysia telah melalui sejarah perkembangan yang tersendiri sejajar dengan perubahan era pemerintahan yang berlaku dari zaman dahulu hingga sekarang. Bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, sistem kewangan yang berdasarkan hukum Islam telah diguna pakai seperti mana yang termaktub di dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka. Hal ini secara tidak langsung menyumbang kepada perkembangan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang maju lagi unggul di Asia Tenggara. Keadaan ini sedikit sebanyak berubah ketika era penjajahan British di Tanah Melayu berikutan sistem pemerintahan yang secara amnya berteraskan sistem kolonial yang berpusat di England. Menjelang kurun ke-20, skop kewangan Islam ini berubah lagi daripada satu amalan yang terhad dalam kalangan masyarakat Melayu kepada sistem yang lebih komersial dan kompetitif ekoran kebangkitan aliran pemikiran ekonomi Islam. Penulisan ini yang melibatkan kajian perpustakaan adalah untuk mengenal pasti perkembangan sistem kewangan Islam bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah abad ke-21. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh mana penggunaan sistem kewangan Islam dalam tempoh tersebut serta bentuk amalan yang diguna pakai dalam kalangan masyarakat. Kesimpulan kajian ini ialah perkembangan amalan sistem kewangan Islam berubah seiring dengan perkembangan sosio politik dan ekonomi di negara ini.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: kewangan Islam, Kesultanan Melaka, Malaysia, perkembangan sistem kewangan Islam, sistem kewangan Islam di Malaysia
Subjects: BPH Islamic Economics
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
H Social Sciences > HG Finance
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of History & Civilization
Depositing User: Dr. Fauziah Fathil
Date Deposited: 12 Oct 2022 16:21
Last Modified: 12 Oct 2022 16:21
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/100447

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year