IIUM Repository

Jururawat Malaysia: gaji masih di takuk lama?

Sowtali, Siti Noorkhairina (2022) Jururawat Malaysia: gaji masih di takuk lama? IKRAM, 9 June 2022.

[img] PDF - Supplemental Material
Restricted to Repository staff only

Download (331kB) | Request a copy
[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Jururawat merupakan profesional kesihatan yang terbesar di Malaysia yang memberi khidmat jagarawatan di beberapa insitusi kesihatan di fasiliti kerajaan, swasta mahupun organisasi bukan kerajaan (NGO). Bidang kejururawatan mempunyai beberapa pengkhususan tertentu seperti kebidanan dan jururawat masyarakat yang memerlukan mereka berkhidmat di klinik-klinik kesihatan (desa atau daerah). Jururawat Malaysia terlatih (Gred U29 serta Gred U41) dengan kelulusan diploma atau ijazah rata-ratanya berkhidmat di hospital atau klinik pesakit luar. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka mempunyai sijil pengkhususan pos basik (diploma lanjutan), mereka boleh ditempatkan di unit khas seperti unit rawatan rapi, rawatan jantung koronari, pembedahan, jabatan kecemasan atau kawalan infeksi. Manakala jururawat yang berjawatan Gred U33, 41, 44, 48 atau 52 serta mempunyai pengalaman bekerja lebih daripada lima tahun, mereka berkelayakan untuk diserap masuk ke peringkat pengurusan. Namun begitu, masih ramai jururawat di luar sana yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda mahupun Ijazah Sarjana (Master) tetapi mereka masih di takuk lama dengan gred U29 atau U41. Semoga mandat yang diusul Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaludin sempena majlis Sambutan Hari Jururawat 2022 dengan tema ‘Nurses A Voice to Lead: Nursing the World to Health’ untuk memperjuangkan nasib jururawat berijazah serta ketandusan jururawat di Malaysia bakal didengari dan diteliti oleh tampuk kepimpinan negara.

Item Type: Article (Electronic Media)
Uncontrolled Keywords: Jururawat, Gaji, Malaysia
Subjects: R Medicine > RT Nursing
R Medicine > RT Nursing > RT82 Nursing As A Profession
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Nursing
Kulliyyah of Nursing > Department of Professional Nursing Studies
Depositing User: Miss Siti Noorkhairina Sowtali
Date Deposited: 27 Sep 2022 12:17
Last Modified: 27 Sep 2022 12:17
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/100209

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year