IIUM Repository

Kemiskinan haid: krisis kesihatan awam yang perlu diakhiri

Mohd Tohit, Nor Faiza and Syed Hussien, Sh Fatimah Alzahrah and Sulaiman, Szariannie and Rokis, Rohaiza (2021) Kemiskinan haid: krisis kesihatan awam yang perlu diakhiri. International Journal for Studies on Children, Women, The Elderly and Persons with Disabilities (IJCWED), 14. pp. 109-112. E-ISSN 0128-309X

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (159kB) | Request a copy

Abstract

Isu ‘kemiskinan haid’ bukanlah sesuatu yang baru. Namun akibat rasa malu dan dianggap sebagai sesuatu yang tabu, ia terus menjadi barah dalam masyarakat. Kemiskinan haid adalah situasi apabila individu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tuala wanita (pad) atau tampon akibat kekangan kewangan. Ia juga merujuk kepada kekurangan atau ketiadaan kemudahan sanitasi untuk menguruskan haid seperti tiada bekalan air atau tiada tempat pelupusan sampah (tuala wanita) yang sesuai dan tiada privasi untuk menguruskan haid. Selain itu, kekurangan pengetahuan tentang haid dan pengurusannya merupakan satu lagi komponen ‘kemiskinan haid’. Golongan yang berisiko termasuklah wanita luar bandar, miskin bandar dan miskin tegar. Akibat ketiadaan tuala wanita yang mencukupi, individu tersebut mungkin akan menggunakan tuala wanita yang sama untuk suatu tempoh yang lama. Mereka juga mungkin menggunakan bahan penyerap alternatif seperti kain buruk, surat khabar lama atau sabut. Ini akan mewujudkan ketidakselesaan dan mendedahkan mereka kepada jangkitan pada saluran kencing dan organ reproduktif. Bagi para pelajar pula, ketiadaan tuala wanita yang bersesuaian atau mencukupi akan membataskan aktiviti di sekolah. Ia juga mungkin merisikokan mereka untuk mengalami tompokan darah haid pada pakaian sekolah. Perasaan malu atau rendah diri merupakan ancaman terhadap para pelajar ini. Mereka mungkin mengambil tindakan untuk tidak hadir ke sekolah. Jika dianggarkan secara purata dalam sebulan mereka tidak hadir ke sekolah untuk tiga atau empat hari, semestinya pelajarpelajar ini berdepan risiko keciciran dalam pelajaran. Ketiadaan bekalan air dan sabun tangan yang sempurna merupakan satu lagi cabaran dalam pengurusan haid. Bekalan air amat diperlukan untuk pembersihan alat sulit dan juga pakaian yang terpalit dengan darah haid. Ketiadaan fasiliti pelupusan tuala wanita yang sempurna pula boleh mencemarkan alam sekitar. Kesedaran tentang ‘kemiskinan haid’ perlu diwujudkan di kalangan masyarakat dan pemegang taruh yang lain seperti pihak berwajib yang berkait dengan institusi keluarga dan masyarakat serta pertubuhan-pertubuhan sukarelawan. Individu yang terkesan juga perlu diperkasakan agar dapat tampil membawakan isu yang mereka hadapi. Dengan adanya penggemblengan sumber dan tindakan dari kesemua pihak yang terlibat, isu ‘kemiskinan haid’ ini akan dapat ditangani. Lebih utama lagi, nasib mereka yang terkesan oleh ‘kemiskinan haid’ ini akan terbela.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 7328/96858
Uncontrolled Keywords: Kemiskinan haid, Kesihatan awam, Tuala Wanita
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology > HM831 Social change
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Sociology & Anthropology
Kulliyyah of Medicine > Department of Community Medicine (Effective: 1st January 2011)
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Medicine
Depositing User: nur hakimah a manan
Date Deposited: 21 Feb 2022 12:35
Last Modified: 21 Feb 2022 12:35
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/96858

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year