SELAMAT DATANG KE PASAK 6 2021!

Pusat Pengajian Teras  (PPT)  Kolej  Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan  KUISCELL telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK) bermula pada tahun 2016 sehingga 2020 yang lalu. Persidangan ini dianjurkan dengan kerjasama pelbagai pihak antaranya Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'azam Shah (UniSHAMS), Universiti  Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Pusat Penataran IImu dan Bahasa (PPIB], Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei Darussalam (UNISSA). Pada tahun ini, PASAK6 2021 akan diteruskan penganjurannya dengan tambahan kerjasama daripada Fakultas Ushuluddin Adab dan Dakwah (IAIN) Indonesia, Jabatan Pendidikan Bahasa Arab, Pascasarjana (UIN) Antasari Banjarmasin Indonesia dan  Davao Oriental State University, Philipines.

 

Bersesuaian dengan norma baharu, PASAK6 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 9 & 10 November 2021 ini akan dijalankan secara dalam talian (online).