IIUM Repository

Video infografik Covid-19: tinjauan dari sudut lakuan bahasa

Sabarudin, Siti Nur Adibah and Saimon, Aminnudin (2021) Video infografik Covid-19: tinjauan dari sudut lakuan bahasa. International Young Scholars Journal of Languages, 4 (2). pp. 208-224. E-ISSN 0128-2573

[img] PDF (Article) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (193kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini berfokuskan kepada analisis lakuan pertuturan Searle (1969) dalam video infografik Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Secara umumnya, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti lakuan pertuturan yang digunakan oleh KKM. Lakuan pertuturan yang telah dikenal pasti telah diklasifikasikan dan dianalisis berdasarkan Teori Lakuan Pertuturan Searle (1969). Teori ini mengenengahkan lima lakuan iaitu asertif, ekspresif, direktif, komisif dan deklaratif. Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah kaedah kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan teks sebagai pendekatan kajian. Hasil kajian mendapati terdapat sebanyak 129 lakuan pertuturan yang merangkumi kelima-lima lakuan pertuturan Searle (1969). Daripada jumlah kekerapan tersebut, lakuan pertuturan direktif merupakan lakuan yang paling dominan, iaitu sebanyak Lakuan pertuturan yang paling kerap digunakan dalam video infografik Covid-19 ialah lakuan pertuturan direktif 67 kekerapan., diikuti oleh lakuan pertuturan asertif sebanyak 51 kekerapan. Seterusnya, lakuan ketiga yang kerap digunakan adalah lakuan pertuturan ekspresif iaitu sebanyak enam kekerapan. Lakuan pertuturan komisif dan deklaratif merupakan lakuan yang paling kurang digunakan dalam video infografik Covid-19 iaitu sebanyak empat dan satu kekerapan. Penggunaan Teori Lakuan Pertuturan Searle (1969) dilihat amat bersesuaian bagi pendengar memahami dengan lebih jelas makna hajat komunikatif penutur. Oleh yang demikian, keberkesanan maklumat yang disampaikan dapat memberi impak yang positif kepada negara dan masyarakat.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 9957/94398
Uncontrolled Keywords: lakuan pertuturan, Searle (1969), infografik, Covid-19
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Aminnudin Saimon
Date Deposited: 06 Dec 2021 11:20
Last Modified: 06 Dec 2021 11:20
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/94398

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year