IIUM Repository

Tahap pemahaman pelajar terhadap istilah baharu COVID-19: kajian terhadap universiti awam di Malaysia

Saimon, Aminnudin and Abdul Latif, Nazatul Aineena and Abdul Rahim, Nazihah and Mohd Yusoff, Ainul Insyirah and Mohammad, Nur Syazani Hanis (2021) Tahap pemahaman pelajar terhadap istilah baharu COVID-19: kajian terhadap universiti awam di Malaysia. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 12 (Edisi Khas). pp. 33-48. ISSN 1823-6812 E-ISSN 2600-8696

[img] PDF (Article) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (448kB) | Request a copy

Abstract

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini telah menyebabkan kewujudan istilah-istilah baharu khususnya istilah yang digunakan dalam penjenamaan COVID-19 kepada masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penggunaan istilah-istilah baharu dalam COVID-19. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan menggunakan satu soal selidik untuk mengenal pasti istilah-istilah baharu dalam COVID-19 dan mengkaji tahap pemahaman pelajar terhadap istilah dalam COVID-19. Seramai 200 orang pelajar daripada empat buah universiti awam telah dipilih dengan menggunakan persampelan rawak berstrata. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar UIAM mencatat jumlah pemahaman yang tinggi diikuti oleh UPSI, UKM dan UM. Daripada jumlah 3952, pelajar UIAM mencatat 1001 pemahaman terhadap istilah-istilah yang diberikan, diikuti oleh UPSI sebanyak 998, UKM 995 dan UM 958. Dapatan juga menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar memahami istilah-istilah yang digunakan dalam COVID-19. Istilah R-Naught, Aktiviti Survelan dan Triaging merupakan istilah yang dominan tidak diketahui oleh pelajar dari keempat-empat buah universiti. Kebanyakan pelajar lebih gemar menggunakan istilah bahasa Inggeris berbanding istilah bahasa Melayu seperti mask, hand sanitizer, surveying activity dan sebagainya. Hasil kajian mendapati bahawa pemahaman pelajar dilihat amat baik mengenai istilah-istilah yang wujud semasa pandemik COVID-19.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 9957/90055
Uncontrolled Keywords: Istilah baharu, COVID-19, kuantitatif, tahap pemahaman, pelajar, universiti awam
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Aminnudin Saimon
Date Deposited: 31 May 2021 17:01
Last Modified: 31 May 2021 17:01
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/90055

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year