IIUM Repository

Muzium dan galeri universiti di Malaysia – kepentingan, krisis dan kelestariannya

Abd Latif, Muhammad Pauzi (2019) Muzium dan galeri universiti di Malaysia – kepentingan, krisis dan kelestariannya. In: Persidangan Muzium Dan Galeri Universiti Awam Malaysia 2019, Cititel Hotel, Pulau Pinang. (Unpublished)

[img] PDF - Accepted Version
Restricted to Repository staff only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Sejarah awal penubuhan muzium universiti di dunia boleh ditelusuri bermula sejak abad ke-17 di England dengan tertubuhnya Ashmolean Museum di University of Oxford pada tahun 1682. Di negara kita, muzium universiti pertama ditubuhkan pada tahun 1823, iaitu kira-kira 60 tahun lebih awal daripada Muzium Taiping (1883). Muzium tersebut diberi nama College Museum, dan dibina di Anglo-Chinese College di Melaka. Ia diasaskan oleh Rev.William Milne. Hari ini, peranan muzium di universiti tampak lebih jelas dengan tertubuhnya Muzium Seni Asia di Universiti Malaya (1962) dan Muzium dan Galeri Tunku Fauziah di Universiti Sains Malaysia (1969). Kedua-dua universiti tertua di Malaysia ini menjadi petunjuk jelas tentang pentingnya muzium universiti di Malaysia. Ia menjadi pemangkin kepada penubuhan lebih banyak muzium universiti di Malaysia sehingga ke hari ini. Antaranya Muzium Universiti Malaysia Sabah (2003), Muzium Warisan Akademik, di Universiti Kebangsaan Malaysia (2008), Muzium Pendidikan Nasional di Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011), Muzium Warisan Melayu di Universiti Putra Malaysia (2013), Muzium Pengurusan di Universiti Utara Malaysia (2018), dan banyak lagi. Namun, sejak kebelakangan ini, didapati timbul beberapa isu yang boleh menggugat keutuhan muzium universiti yang boleh menjejaskan keupayaannya untuk bertahan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya, penstrukturan semula universiti, proses pertukaran menteri, Naib Canselor universiti dan perubahan polisi universiti. Ini amat membimbangkan pengurusan muzium universiti. Justeru itu, pihak pengurusan muzium universiti perlulah merangka satu strategi bagi menjamin kelestarian muzium universiti agar kebergantungan muzium universiti terhadap universiti akan dapat diatasi dan muzium universiti akan terus maju ke hadapan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Invited Papers)
Additional Information: 8343/82095
Uncontrolled Keywords: Kepentingan, Muzium universiti, Krisis, Kelestarian
Subjects: A General Works > AM Museums (General). Collectors and collecting (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
Depositing User: Muhammad Pauzi Abd Latif
Date Deposited: 15 Sep 2020 14:15
Last Modified: 15 Sep 2020 14:15
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/82095

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year