8 Januari 2024, 13:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pagoh – Program Jerayawara Islam Seantero Alam anjuran para pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pagoh yang mengambil subjek Perhubungan Antarabangsa baru-baru ini menonjolkan sejarah dan budaya Islam yang bertapak di negara-negara terpilih.

Penganjuran program ini bertepatan dengan visi dan misi universiti tersebut, iaitu mengembangkan persekitaran dengan penuh komited untuk pembelajaran sepanjang hayat dan rasa tanggungjawab sosial yang mendalam dalam kalangan pelajar.

Menurut Pengarah Program, Nurin Zayani, “Program sebegini dilihat memberikan impak yang positif dari sudut hubungan antarabangsa melalui perkongsian tentang pelbagai negara yang memiliki umat Islam sebagai penduduk.”

“Hal ini diperkuat lagi apabila UIAM Pagoh merupakan kampus yang agak kecil dan kapasiti pelajar juga tidaklah terlalu ramai. Justeru, kerjasama yang berterusan wajar dilaksanakan oleh setiap warga UIAM Pagoh,” tambahnya.

Program dimulakan dengan pameran daripada 10 buah reruai yang menampilkan budaya Islam di negara masing-masing seperti China, India, Arab Saudi, Maghribi, Taiwan, Indonesia, Perancis, Thailand, Itali dan Turki.

Persembahan daripada kumpulan dikir barat dari UIAM Pagoh, Atma Terala.

Pelbagai aktiviti yang ditawarkan di setiap reruai serta berjaya menarik perhatian pengunjung untuk turut serta sama ada dalam kalangan warga Mahallah Zaid Harithah dan universiti di sekitar Pagoh dan Muar.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada para jemputan serta pameran-pameran yang berlangsung. Antara reruai yang dipertandingkan ialah reruai kreatif, reruai informatif dan reruai lestari.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.