IIUM Repository

Penggunaan kosa kata kerja Bahasa Minangkabau dan Bahasa Melayu Standard

Anuar, Puteri Hazwani and Nahar, Nora'Azian (2022) Penggunaan kosa kata kerja Bahasa Minangkabau dan Bahasa Melayu Standard. International Young Scholars Journal of Language, 5 (2). pp. 91-105. ISSN 0128-2565 E-ISSN 0128-2573

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (187kB) | Request a copy

Abstract

Minangkabau atau juga dikenali sebagai Minang adalah bahasa yang digunakan oleh orang Minangkabau di Sumatera Barat dan Riau di Indonesia. Terdapat beberapa perselisihan mengenai hubungan bahasa Minangkabau dengan bahasa Melayu kerana persamaan bentuk tatabahasa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membanding beza penggunaan kosa kata kerja bahasa Minangkabau dan bahasa Melayu standard serta membincangkan penggunaan kata kerja tunggal, terbitan, majmuk dan ganda dalam kalangan masyarakat Minangkabau di Kampung Padang, Hulu Langat Selangor. Dalam penyelidikan ini, penyelidik telah menggunakan kaedah kualitatif. Sebanyak lapan orang informan telah ditemu bual dalam kalangan komuniti Minangkabau dari Sumatera Barat yang tinggal di Hulu Langat, Selangor dan temu bual tersebut telah ditranskripsi untuk mendapatkan data yang relevan. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa perbezaan dan persamaan dalam perbendaharaan kata kerja melalui ucapan masyarakat Minangkabau dengan bahasa Melayu, seperti ambuih (tiup), gadang (besar) dan makan. Sementara itu, klasifikasi perbendaharaan kata kerja berdasarkan proses pembentukan kata tidak menemukan penggunaan kata kerja majmuk. Oleh itu, hasil kajian dapat diperluas dengan melengkapkan aspek morfologi untuk melihat penggunaan bahasa Minangkabau dalam kalangan masyarakat perantau yang terdapat di Malaysia.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Minangkabau, bahasa, penggunaan, perbendaharaan, kosa kata
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 28 Feb 2023 09:04
Last Modified: 28 Feb 2023 09:04
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/103787

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year